3 Tips Offline Kedai Makan Untuk Tarik Pelanggan Datang

Disebabkan 3 tips yang terakhir itu admin banyak sentuh pasal online je. Kali ini admin nak share tips tarik pelanggan dari segi offline sahaja. So, Admin harap korang dah sedia dah nak implement kat kedai makan masing-masing. Tips ini bukanlah tips baru tapi cuma masih ramai lagi yang tak buat sebab tak tahu.

Sebab itulah kita dalam berniaga ini kena sentiasa belajar. lebih-lebih lagi dengan orang barat sana. Diorang kalau bukak kedai makan, 3 tips ini gerenti diorang akan buat. Sebab planning diorang memang kaw-kaw. Tapi Admin tak nak orang kita pulak ketinggalan dalam bab ini. So, jom kita belajar apakah 3 tips Offline Kedai Makan Untuk Tarik Pelanggan Datang.

 

1. Buat Pertandingan Makan.

Kemudian viralkan pertandingan makanan anda itu di media sosial. Tujuannya adalah untuk menarik orang yang jenis “kaki makan” untuk datang ke kedai makan anda. Hal ini kerana, kebanyakan orang yang kaki makan ini, mereka dikira sebagai orang yang agak berpengaruh dalam industri makanan dan mempunyai follower mereka yang tersendiri. Dan follower mereka ini, kalau kaki makan ini kata kedai makan ini power, memang diorang akan datang untuk rasa makanan itu sendiri.

Dan apabila mereka menyertai pertandingan makanan anda, tanpa mereka sedari, anda boleh mempengaruhi followers mereka untuk datang ke kedai makan anda. Apatah lagi jika mereka menang pertandingan tersebut, sudah tentu mereka akan “bragging” akan kemenangan mereka di dalam media sosial tanpa perlu dibayar apa-apa pun.

Perkara seperti ini banyak sekali dilakukan oleh orang-orang barat di restoran mereka. Kita hanya perlu tiru sahaja. Tetapi, pastikan pertandingan yang anda create itu, mestilah mencabar dan menarik serta pastikan anda promote pertandingan makanan anda itu betul-betul. Lagi ramai orang join, lagi bagus.

Sebagai contoh,¬†pertandingan yang sering dilakukan adalah pertandingan”All You Can Eat” dalam masa yang tertentu. Syarat-syaratnya mudah sahaja. Jika mereka boleh menghabiskan satu set hidangan makanan yang banyak dan sedap dalam tempoh masa yang diberikan, mereka boleh makan secara percuma. Tapi, jika mereka tak dapat habiskannya, mereka perlu membayarnya.

 

2. Tempat bergambar yang menarik.

Perkara ini juga sangat penting kepada semua pengusaha kedai makan supaya menyediakan tempat bergambar yang menarik dan unik untuk pelanggan anda semua. Hal ini disebabkan, zaman sekarang ini pelanggan yang hadir ke kedai makan anda pasti akan bermain Instagram.

Jadi, apa yang anda perlua lakukan adalah sediakan tempat sahaja lawa-lawa yang melambangkan kedai makan anda. Biar pelanggan anda yang hebohkan kedai makan anda tanpa perlu dibayar apa-apa pun. Contoh yang terbaik Admin boleh bagi adalah Restoran Plan B. di Ipoh.

Untuk pengetahuan korang semua, Plan B. ini siap ada hashtag tersendiri lagi di Instagram sebanyak 3000 lebih dan bukan owner Plan B yang create pun. Kalau korang semua tengok kat Instagram, pelanggan diorang je yang sukarela sanap gambar dan upload sendiri kat Instagram. Owner Plan B. watlek watkool je. Tak payah suruh apa-apa pun.

 

3.Tawaran Kad Keahlian.

Kad ahli ini memang lagi untung sebenarnya, sebab anda akan dapat database diorang dan data mereka seperti email mereka dapat digunakan untuk menjalankan kempen email marketing restoran anda. Tambahan pula, kebiasaannya dengan kad keahlian mereka itu, anda boleh berikan kepada mereka makan percuma semasa hari jadinya.

Tapi anda jangan risau takut rugi pulak sebab bagi orang makan free time birthday. Padahal sebenarnya lagi untung adalah. Sebab yang dapat makan free orang yang sambut hari dia tu je. Kawan-kawan atau family dia confirm kena bayar. Takkan la sambut birthday sorang-sorang kan? Dah nampak dah gameplay dia sekarang?

Itu sahaja untuk perkongsian 3 tips offline untuk kedai makan kita pada kali ini. Jumpa lagi lain kali dan jangan lupa subsribe to Malaya Marketing newsletter untuk pastikan anda sentiasa update dengan tips kedai makan daripada kami. Selamat maju jaya kepada para pengusaha kedai makan semua.

P.S. Jika anda ada masalah kekurangan pelanggan di kedai makan anda. Sila contact kami di sini kerana kami menawarkan khidmat viral email marketing yang sangat power dan berkesan untuk menarik pelanggan ke kedai makan anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *